Friday 21 December 2012

APAKAH ITU ISTIDRAJ?



Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.


Tuesday 23 October 2012

DOA MULA DAN AKHIR KERJA


Assalamu'alaikum Warahmatullah kepada semua pembaca. Disini saya ingin berkongsi satu doa. Doa yang harian yang patut diamalkan. Ingatan untuk diri saya sendiri juga.


InsyaAllah kerja yang kita lakukan setiap hari akan mendapat berkat dan diredhai Allah. Semoga kita dijauhkan dari perkara buruk. Tiada daya dan kekuatan selain dari Allah. Selamat berkerja :)



Tuesday 2 October 2012

HUKUM MEMAKAI INAI


Daun inai yang mempunyai pelbagai kebaikan

 

Hukum lelaki memakai inai di jari

Dari blog penyuluh.blogspot.com

Soalan:

Askm ustazah,

Skrg ni musim knduri kawin. Masa pegi ke majlis kawin, sy tengok pengantin lelakipun pakai inai di jari macam pengantin pempuan. Bezanya lelaki pakai di 3 jari, pempuan pakai di semua jari. Boleh ke mcm tu, ustazah? Mhn pnjlasan. Tq.

Jawapan:

Wa’alaikumus-salam wr.wb.

Saya bahagikan jawapan kepada dua bahagian:
1. Hukum memakai inai bagi wanita
2. Hukum memakai inai bagi lelaki

Hukum memakai inai bagi wanita

Menurut ulamak Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan keacntikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.

Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.

Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.

Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.

Hukum memakali inai bagi lelaki

Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita. Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wank}amesokwanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”

Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.

Kesimpulannya, inai adalah perhiasconwknmua. Hukum memakainya adaleku}nia{us, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei. Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya.
Justeru, adat lelaki memakai inai ketika aqad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.

 Original Article : http://penyuluh.blogspot.com/2011/09/hukum-lelaki-memakai-inai-di-jari

HUKUM PEMAKAIAN INAI BERCORAK MENGIKUT SYARAK


Dari website e-fatwa.gov.my mengenai hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah. 

  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.



Saturday 22 September 2012

AZAB KEPADA WANITA

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

“Pada malam aku di-isra’- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan seksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,”kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia boleh solat tapi tidak menga}i~kmnya dan tidak mau mandi junub.
*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Kepada yang tersayang,


Saya banyak larang awak dari buat itu ini. Saya taknak tengok aurat awak. saya taknak pegang awak. Saya bukan tak sayang awak. Saya bukan nak kontrol awak. Saya bukan nak awak jadi ustazah. Saya bukan dengki. Saya bukan nak awak ikut cara saya.

Saya takut kepada Allah. Takut seksaan Allah. Tak sanggup sedikit azab pun kepada awak. Kerana saya sayang awak. saya cinta awak. Kita belum ada ikatan yang sah. Apabila kita sudah berkahwin kita menyempurnakan separuh daripada iman. Yang haram ada yang menjadi halal antara kita. Ingatlah kepada Allah yang Maha Agung, Maha Berkuasa keatas setiap sesuatu.

Credit to iluvislam.com

Sunday 29 April 2012

KILAT MENYAMBAR DUA KALI




Kilat bergerak sehingga 87,000 mph (140,000 km / h). Jika kapal angkasa boleh bergerak pada kelajuan itu, ia akan sampai ke bulan dalam masa 2 saat setengah. Kilat menyambar bumi 100 kali setiap saat. Yang peliknya, kemungkinan terkena kilat adalah kira-kira 1 dalam 700,000.
 
Kilat menyambar dari awan ke tanah adalah fenomena biasa tetapi kuasa setiap kilat itu sangat luar biasa. Setiap halilintar boleh mengandungi sehingga satu bilion volt elektrik. Di rumah biasanya kita hanya menggunakan 240 volt.

'Electrical discharge' yang sangat luar biasa ini disebabkan oleh ketidakseimbangan antara cas positif dan cas negatif. Semasa ribut, zarah hujan, ais, atau salji berlanggar menyebabkan ketidakseimbangan ini dan menjadi cas negatif bahagian bawah awan ribut. Objek di atas tanah, seperti menara, pokok, dan bumi itu sendiri, menjadi bercas positif. Kewujudan ketidakseimbangan ini menbuatkan alam mencari keseimbangan dengan melepaskan arus elektrik antara dua cas.

Walaupun begitu, kilat sering melanda tempat yang sama dua kali. Dan ia menyerang lelaki kira-kira 7 kali lebih kerap daripada wanitaCarl Mize dan Roy Sullivan berasal dari Amerika Syarikat mengalaminya. Mize telah dipanah petir sebanyak 4 kali. Manakala Sullivan telah dipanah petir sebanyak 7 kali; beliau kehilangan kuku ibu jari kaki pada tahun 1942, kening beliau pada tahun 1969rambut terbakar dua kali, dan selebihnya melecur sedikit.

Mereka bernasib baik. Petir membunuh lebih daripada 50 orang setiap tahun di Amerika Syarikat. Apa yang perlu dilakukan untuk kekal selamat? Ikut
nasihat National Weather Service: "Apabila guruh, segera masuk dalam rumah."
 

 


Sunday 22 April 2012

SEKSAAN NERAKA


Semua orang telah mengetahui mati pasti akan dilalui oleh semua manusia. Tiada yang dapat mengelak mati. Selepas mati manusia akan dihidupkan kembali dan dihitung, dihisab semua amal di dunia. Jika banyak amal soleh maka akan ke syurga. Jika banyak dosa maka akan ke neraka. Teori yang sangat mudah. 

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. banyak menceritakan tentang neraka. Nabi Muhammad S.A.W. juga byk menceritakan tentang neraka.
Allah telah berjanji bahawa para pelaku maksiat dan dosa, tempat mereka di akhirat kelak adalah di neraka. Bagi syaitan, Iblis dan orang-orang kafir, ia akan berada di neraka buat selama-lamanya. Namun, bagi orang Islam yang berdosa (tetapi tidak mensyirikkan Allah), mereka akan tetap diseksa di neraka, walaupun akhirnya akan turut menempuh alam syurga.

Antara janji Allah dalam al-Quran mengenai seksa neraka yang akan dihadapi oleh para pelaku dosa adalah seperti berikut (yang bermaksud):

“Maka takutlah kamu kepada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu-batu. Neraka itu disediakan bagi mereka yang kafir.”
(Al-Baqarah: 24)

“Barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melampaui batas larangannya, dimasukkan ke dalam neraka, kekal di dalamnya. Dia menderita seksa yang hina-dina.”
(An-Nisa’: 14)

“Allah telah menyediakan untuk mereka yang munafik laki-laki mahupun perempuan dan orang kafir itu neraka Jahannam. Mereka itu kekal di dalamnya. Allah melaknati mereka itu dan untuk mereka azab yang kekal.”
(At-Taubah: 68)

Neraka dalam bahasa arab disebut “an-Naar” yang bermaksud api. Neraka juga dinamakan an-Naar kerana bagi penghuni neraka, mereka disediakan tempat tinggal yang dibuat daripada api, pakaian daripada api dan mereka pun diseksa dengan api. Dalam hal ini Allah berfirman (yang bermaksud):

“Maka Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala, tidak ada yang masuk ke dalamnya melainkan orang yang paling celaka.”
(Al-Lail: 14-15)

Api neraka adalah api yang maha panas. Panasnya api neraka berjuta kali ganda melebihi kepanasan api yang ada di dunia ini. Malah, bumi ini pasti hancur berkecai jika api neraka yang hanya sebesar zarah jatuh ke atasnya.

Ada sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud radiallahuanhu, bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. (yang bermaksud):

“Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Kalau sedikit sahaja jatuh ke atas dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.”
(Riwayat Muslim)



Melalui petunjuk hadis, diketahui bahawa neraka itu terdiri daripada tujuh pintu (yang juga bererti tujuh tingkat). Nama-nama tingkat neraka itu pula menurut al-Quran adalah:

1. Neraka Jahannam
“Katakanlah kepada orang kafir itu: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Di sanalah tempat yang seburuk-buruknya.” (Ali Imran: 12)

2. Neraka Luza
“Maka, Kami memperingatkan kamu dengan neraka yang menyala-nyala. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. Yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (daripada iman).” (Al-Lail: 14-16)

3. Neraka Hathamah
“Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka Hathamah. Tahukah engkau apakah Hathamah itu? Iaitu api neraka yang bernyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikatkan kepada tiang yang panjang.” (Al-Humazah: 4-9)

4. Neraka Sair
“Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka Sair.” (An-Nisa’: 10)

5. Neraka Saqru
“Di dalam syurga mereka saling bertanya dari hal orang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk neraka Saqru. Jawabnya: ‘Kerana kami tidak sembahyang, tidak memberi makan orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hari kiamat.’” (Al-Mudasir: 40-46)

6. Neraka Jahim
“Ambillah orang-orang yang berdosa itu, dan bawalah ke dalam neraka Jahim. Sesudah itu tumpahkan ke kepalanya air panas untuk menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya (kamu) dahulu orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragu-ragukan pada masa dahulu itu.” (Ad-Dukhan: 47-50)

7. Neraka Hawiyah
“Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka dia dilemparkan ke neraka Hawiyah. Tahukah engkau apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas.” (Al-Qari’ah: 8-11)
Sesungguhnya neraka itu dimasuki dengan dua cara; pertama, penghuni neraka dihalau dan dilemparkan masuk ke neraka. Cara ini digunakan kepada mereka yang kafir, munafik dan Iblis. Manakala cara kedua ialah dengan meniti Titian Shirathal-Mustaqim. Cara ini akan dilalui oleh umat bertauhid, umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, dan umat nabi-nabi yang terdahulu, baik mereka yang beramal salih mahupun mereka yang derhaka. Bagi mereka yang akan masuk syurga, mereka akan selamat melalui titian ini. Namun bagi mereka yang diputuskan hukumannya di neraka, mereka akan terjatuh ke dalam lubang neraka Jahannam.

Dalam al-Quran juga Allah telah menceritakan mengenai cara penghuni neraka itu dibakar. Apabila sahaja kulit tubuh mereka hangus, kulit yang baru akan tumbuh dan tubuhnya dibakar lagi sehingga hangus. Kemudian tumbuh lagi kulit yang baru dan dibakar lagi, dan begitulah seterusnya mereka diseksa berulang-ulang dengan penuh kesakitan.

“Terbakar muka mereka oleh api, dan mereka di dalam bermuka masam.”
(Al-Mukminun: 104)

“Bukan begitu: Sesungguhnya neraka itu menyala-nyala, lagi membongkar kulit kepala.”
(Al-Ma’arij: 15-16)

“Pada hari itu seksaan menutupi mereka dari atas kepala dan dari bawah kaki. Ketika itu Allah berkata: ‘Tahanlah olehmu seksaan ini (hasil daripada) apa yang kamu usahakan di dunia.’”
(Al-Ankabut: 55)

Dalam bukunya “Tazkirah”, Syeikh Qurtubi menulis, “Pada waktu api membakar itu, maka mengelupas seluruh kulit, gugur daging yang melekat di tubuh dan kelihatan tulang memutih. Mereka meronta-ronta kesakitan, memekik sekuat-kuatnya. Mereka menangis. Air mata bercucuran. Habis air mata, maka keluarlah darah. Terjadilah penyesalan-penyesalan, namun sedikit pun tiada gunanya...”

Ya, walau menangis air mata darah sekali pun, penghuni neraka sudah tidak akan lagi mendapat keampunan daripada Allah. Segala penyesalan sudah tidak berguna lagi. Tiada ahli keluarga dan rakan-rakan yang akan dapat membantu. Hatta malaikat penjaga neraka pun tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya daripada terus diazab.

“Rasalah olehmu, kerana kamu melupakan peristiwa yang akan terjadi pada hari ini. Kerana itu maka Kami melupakan kamu pula. Dan rasalah seksaan itu selama-lamanya. Hal ini adalah kerana amal perbuatan kamu sendiri.”
(As-Sajadah: 14)

Dengan janji Tuhan mengenai seksaan di neraka yang amat dahsyat, saya percaya tak mungkin akan terlintas walau sedikit pun di hati nurani kita untuk mendiaminya walau sebentar. Tak mungkin kita mahu termasuk dalam golongan yang merasai kesakitan yang amat sangat di neraka sedangkan terdapat manusia lain bersenang-lenang dengan segala nikmat Tuhan di syurga.

Maka, selagi masa masih bersisa, bertaubatlah kita atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Walau mungkin dosa kita menggunung tinggi, namun ketahuilah, pintu keampunan Allah itu sentiasa terbuka seluas tujuh petala langit dan bumi.






PISANG SEBAGAI UBAT

Anda mesti pernah makan pisang. Tapi tahukah anda pisang merupakan antara buah yang paling popular di dunia.Pisang juga berasal dari Asia Tenggara termasuk negara Malaysia.

Pisang banyak khasiatnya dan ada yang mengatakan pisang bukan sejenis buah tetapi sejenis herba yang terbesar di dunia.

Antara fungsi pisang dalam peubatan ialah:

Anemia
Anemia ialah keadaan dimana badan tidak mempunyai cukup sel darah merah yang sihat. Fungsi sel darah merah untuk membawa oksigen ke tisu badan. Pisang mempunyai zat besi yang tinggi. Boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah dan secara tidak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan darah tinggi
Buah tropikal unik ini sangat tinggi potassium dan kandungan garam yang rendah, menjadikannya makanan yang sempurna untuk membantu mengatasi tekanan darah. Sehinggakan, US Food and Drug Administration telah membenarkan industri pisang untuk membuat tuntutan rasmi untuk keupayaan pisang mengurangkan risiko tekanan darah dan stroke.Tetapi tidak sesuai untuk orang yang mempunyai tekanan darah rendah.


Kuasa Minda
200 pelajar di sekolah Inggeris telah membantu melalui peperiksaan mereka dengan makan pisang pada sarapan, rehat, dan makan tengah hari dalam usaha untuk meningkatkan daya pemikiran mereka. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa buah yang mempunyai potassium dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar lebih peka.

Sembelit
Pisang mempunyai serat yang tinggi. mengamalkan makan pisang dalam diet boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal, membantu mengatasi masalah tanpa menggunakan julap.

Kemurungan
Menurut survey terbaru yang dijalankan oleh MIND kebanyakan orang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka merasakan lebih baik selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protein yang bertukar menjadi serotonin dalam badan - dikenali untuk membuat anda berehat, meningkatkan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Keletihan
Salah satu cara yang paling cepat dan terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur dengan madu. Pisang menenangkan perut dan dengan bantuan madu, membina semula tahap gula dalam darah yang berkurangan, manakala susu melegakan dan hidrat semula sistem anda.
 
Heartburn (Panas Jantung)
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan jadi jika anda mengalami jantung-membakar, cuba makan pisang untuk memudahkan kelegaan.


Morning Sickness

Jadikan pisang sebagai snek setiap pagi dapat membantu menaikkan kadar gula dalam darah dan mengelakkan Morning Sickness.

Gigitan nyamukSebelum mencapai krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan yang digigit nyamuk dengan bahagian dalam kulit pisang. Ramai orang merasa berjaya mengurangkan bengkak dan kegatalan.

Saraf
Pisang adalah tinggi dalam vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf anda.





  
Berat badan berlebihan dan tempat kerja
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan kepada 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati orang obes kebanyakannya bekerja di tempat yang tekanan tinggi, Laporan itu juga menyatakan, untuk mengelakkan ketagihan makanan, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi (seperti pisang) setiap dua jam untuk mengekalkan kadar yang stabil.

PMS
Lupakan pil - makan pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mempengaruhi mood anda.

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Pisang dapat membantu pesakit SAD kerana ia mengandungi pemangkin mood semulajadi, trypotophan.

Merokok
Pisang juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok, mempunyai Vitamin C, A1, B6, B12 yang tinggi terkandung di dalamnya, serta potassium dan magnesium yang terdapat dalamnya, membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh . 
Stres
Potassium merupakan bahan mineral yang sangat penting yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengawal imbangan air badan anda. Bila kita stres, kadar metabolik kita meningkat, seterusnya mengurangkan kadar potassium. Ini boleh diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok
Menurut penyelidikan dalam "The New England Journal of Medicine" makan pisang sebagai sebahagian daripada diet yang kerap boleh mengurangkan risiko kematian disebabkan strok sebanyak 40%!
  
Kawalan suhuBanyak budaya lain yang melihat pisang sebagai buah "penyejuk" yang boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Sebagai contoh, di Thailand ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk. 


Ulser
Pisang digunakan sebagai makanan diet pesakit gangguan usus kerana tekstur lembut. Ia adalah buah mentah yang boleh dimakan tanpa kesusahan dalam kes-kes ulser kronik. Ia juga meneutralkan asid berlebihan dan mengurangkan kesakitan disebabkan salutan lapisan perut.

Ketuat
Jika anda mahu untuk membunuh ketuat, ambil sekeping kulit pisang dan letakkan pada ketuat, dengan sebelah kuning diluar. Berhati-hati memegang kulit dengan plaster atau pita pembedahan!

Sumber: www.banana.com 


Wednesday 18 April 2012

PETUA TENANGKAN HATI

Hati yang dijadikan Allah S.W.T. dalam badan manusia itu merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. Kita akan disoal bagaimana kita mengendalikan hati yang mempunyai fungsi yang sangat besar.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada sekeetul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
 (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Bashir) 

Hati bagaikan raja kerana segala perintah yang datang daripadanya harus dilaksanakan oleh anggota tubuh yang lain. Hati itu sebagai punca utama dalam setiap perlakuan manusia.

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk menjaga hati supaya menjadi lebih tenang.
Antaranya:
  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"
  • Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. paling minima 100 kali sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  • Solat sunat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  •  Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah surah Al-Ikhlas "Qulhu-Allah" sebanyak 3 kali.
  •  Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
    merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka).
  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  •  Berpuasa - Dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  •  Kekalkan wuduk
  •  Bersedekah
  • Belanja orang makan.
  •  Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
  •  Berkawan dengan ulama
  •  Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  •  Pesan pada orang, jadi baik
  •  Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sama-sama kita perbaiki diri untuk Allah S.W.T.








RAHSIA YANG MANUSIA TIDAK TAHU

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…


1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

Credit to http://www.usahataqwa.com

Thursday 12 April 2012

Salam Perkenalan..


Salam perkenalan kepada semua. Cukup la anda semua mengenali saya dengan Nik. Bile sebut Nik mesti orang tanya orang Kelantan ke. Memang saya orang Kelantan atau ore klate. Saya intro sikit diri saya. Saya orang Kelantan tapi dah merantau ke banyak tempat.  Saya minat tengok anime terutamanya Naruto, Bleach, One Piece, Fairy Tail, Beelzebub.



Dalam blog ni saya bukan nak membincangkan tentang anime. Saya nak berkongsi ilmu tentang alam. Tentang benda yang ada di sekeliling kita. Setiap benda ada fakta yang menarik. Fakta yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Blog ini juga untuk 'My Love' yang suka baca blog orang lain.Semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua.