Wednesday, 18 April 2012

PETUA TENANGKAN HATI

Hati yang dijadikan Allah S.W.T. dalam badan manusia itu merupakan bahagian yang harus dipertanggungjawabkan oleh setiap insan ketika di akhirat nanti. Kita akan disoal bagaimana kita mengendalikan hati yang mempunyai fungsi yang sangat besar.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada sekeetul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
 (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Bashir) 

Hati bagaikan raja kerana segala perintah yang datang daripadanya harus dilaksanakan oleh anggota tubuh yang lain. Hati itu sebagai punca utama dalam setiap perlakuan manusia.

Terdapat beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk menjaga hati supaya menjadi lebih tenang.
Antaranya:
  • Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"
  • Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. paling minima 100 kali sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
  • Solat sunat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
  •  Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah surah Al-Ikhlas "Qulhu-Allah" sebanyak 3 kali.
  •  Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.
  • Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri,
    merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka).
  • Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
  •  Berpuasa - Dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
  • Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
  •  Kekalkan wuduk
  •  Bersedekah
  • Belanja orang makan.
  •  Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
  •  Berkawan dengan ulama
  •  Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
  •  Pesan pada orang, jadi baik
  •  Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sama-sama kita perbaiki diri untuk Allah S.W.T.








No comments:

Post a Comment